Bahagian Hadapan Homestay Ini

Bahagian Hadapan Homestay Ini

Homestay Bersuasana Tenang Desa....Dekat Bandar Kota Bharu

 Sekiranya anda berkunjung ke negeri Kelantan, khususnya ke bandar Kota Bharu, menginaplah di Homestay Anjung Desa. Anda akan dapat merasai kelainannya jika anda pernah menginap di homestay lain sebelum ini. Lokasinya hanyalah satu kilometer dari pasar borong Wakaf Che Yeh yang sememangnya sangat terkenal dalam kalangan pelancong. Untuk ke pusat bandar Kota Bharu pula, jaraknya kira-kira 3 kilometer atau 10 minit perjalanan. Homestay ini berada 600 meter dari jalan utama, Jalan Pintu Geng...menjadikan penginap dapat merasai suasana tenang desa. Bangun sahaja pada awal pagi, terdengarlah kicauan burung...sambil penginap dapat memerhatikan burung berterbangan, tupai berlompatan dan ayam berkejaran. Masyarakat di sini yang 100% Melayu hidup dalam harmoni dan kawasan ini juga bebas daripada jenayah.


Maklumat Asas Homestay 
Rumah Banglo Dua Tingkat Yang Dijadikan 2 Unit Berasingan Iaitu Atas Dan Bawah
1) Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur  (berhawa dingin dan kipas) serta 2 bilik air.
2) Ruang tamu dan ruang makan yang luas serta ruang dapur lengkap untuk memasak.
3) Ruang dalaman rumah luas dan lengkap dengan perabot.
4) Sesuai untuk beberapa keluarga atau rombongan pengantin atau untuk urusan kerja.
5) Kawasan letak kereta yang luas dan selamat.
6) Rumah  ini besar, tetapi hanya 15 penginap sahaja dibenarkan untuk satu-satu  masa.


Kelengkapan Yang Disediakan
Homestay ini sempurna sebagai sebuah rumah..ia lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan. Antaranya televisyen dengan langganan Astro, kemudahan internet (WiFi), peti sejuk, seterika dan tempat menggosok, mesin basuh dan tempat menyidai kain basuhan, pemanas air, rice cooker, dapur, pinggan, mangkuk, periuk dan kuali. Turut disediakan ialah bahan untuk minuman seperti teh, milo dan gula.

Penginap juga disediakan 2 katil queen, 2 katil bujang, 1 katil bertingkat dan tilam tambahan queen, bujang dan toto. Jika kumpulan anda ramai, hamparlah tilam atau  toto di ruang tamu yang luas itu.. Tuala dan selimut memang tersedia. Bantal dan tilam tambahan adalah tanpa caj.


Harga Sewaan
Harga sewaannya sangat murah iaitu RM 180.00 untuk semalaman termasuk semasa cuti sekolah atau cuti umum. Cubalah bandingkan harga homestay ini dengan penginapan lain yang setaraf sebelum membuat tempahan di sini. Masa untuk check-in selepas 2.00 petang dan check-out sebelum 12.00 tengah hari. Setiap tempahan perlu disertakan deposit secara bank-in ke akaun CIMB Bank  0313 0001 5432 04 (Aminuddin bin Awang).  Setiap hari yang ditempah depositnya RM 50.00.


Hendak Makan....Bagaimana?
Homestay ini sangat dekat dengan kedai makan. Paling tidak pun, anda pergi sahaja ke Wakaf Che Yeh, semua jenis makanan ada.  Untuk keperluan diri, ada Pasar raya Ceria dekat sini atau Kedai 7 Eleven.


Bagaimana Untuk  Berhubung Dengan Pemilik?
  • 013-9207364   (Cikgu Aminuddin)
  • 018-9009104   (Cikgu Ashida)
  • 013-9867364   (Cikgu Ashida)
  •  E-mel: anjung.desa@yahoo.com.my


Bagaimanakah Untuk Datang ke Sini? 
Anda hanya perlu ke pekan Wakaf Che Yeh dan hubungi tuan rumah...Beliau atau wakilnya akan pergi menjemput anda untuk dibawa ke Homestay Anjung Desa.


Apakah Tempat-tempat Menarik Berhampiran?
1.   Pasar Borong Wakaf Che Yeh (1 km)
2.   Pasar Siti Khadijah (3 km)
3.   Kedai Bebas Cukai Rantau Panjang (32 km)
4.   Kedai Bebas Cukai Pengkalan Kubur (18 km)
5.   Pantai Cahaya Bulan (14 km)
6.   Pantai Irama Bachok ( 28 km)
7.   TESCO (2 km)
8.   KB Mall (2.2 km)
9.   Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa (17 km)
10. Sangat dekat dengan kedai-kedai makan
11. Urusan kesihatan di Hospital USM (12 km) 
12. Urusan pendidikan UMK (11 km)..IPGM Kota Bharu (12 km)..Politeknik KB (20 km)

....LIHAT GAMBAR-GAMBAR HOMESTAY ANJUNG DESA DI BAWAH...


Selamat Datang ke Negeri Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan